PROFIL SYARIKAT

Fortune Electrical Corporation (M) Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai "ortune Electrical" di bawah) adalah sebuah syarikat Malaysia yang diasaskan oleh Encik James Foo pada tahun 1994 untuk menghasilkan dan memasarkan produk-produk elektrikal yang pelbagai bagi memenuhi permintaan industri mahupun pengguna.

Fortune Electrical mengedar produk berjenama CROWN® yang dihasilkan olehnya ataupun melalui pengilang-pengilang kontraknya di bawah kawalan kualiti ketat berlandaskan piawaian antarabangsa. CROWN® telahpun dianugerahkan "2011 Malaysia Power Brand" dalam kategori produk elektrikal untuk pencapaian cemerlangnya dalam menyediakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Semua pekerja di Fortune Electrical memupuk dan mengamalkan prinsip "Total Quality Management" (atau dikenali sebagai "TQM") demi sentiasa memenuhi jangkaan pelanggan. Para pekerja Fortune Electrical sememangnya bermotivasi tinggi, bersemangat waja, gigih, fokus, dan sentiasa diberi latihan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Melalui pemerolehan ilmu dan kemahiran inilah yang membolehkan Fortune Electrical senantiasa berada di persada kemajuan industri dan sentiasa bersedia untuk memberikan nilai tambahan dalam khidmatnya terhadap pelanggan yang berkesan dan cekap.

Kepelbagaian produk yang dipasarkan oleh Fortune Electrical boleh dikategorikan seperti berikut: Produk Industri, Produk Komersial, dan Produk Pengguna.

Kini, Fortune Electrical sedia untuk menembusi pasaran baru di rantau ASEAN selaras dengan pelaksanaan AFTA. Dalam pada itu, pelanggan tetap kami semestinya mendapat manfaat daripada perkembangan ini, terutamanya dari segi ekonomi skala dan pengedaran. Kepada pelanggan baru kami, rangkaian pemasaran kami yang merangkumi rantau ASEAN ini akan memberikan sumber alternatif berkualiti kepada rantaian nilai anda.

Fortune Electrical adalah rakan terpercaya anda dalam rantaian nilai perniagaan anda, dan kami akan berusaha untuk mengekalkan kerelevanan kami setiap masa bagi mengekalkan hubungan yang saling memanfaatkan dengan semua pelanggan kami. Kami percaya bahawa, sekiranya rakan perniagaan kami bermanfaat, maka kami jugalah yang akan bermanfaat. Ini adalah jaminan pelanggan muktamad kami - "Bersama Kita Makmur".

ALAMAT KAMI

No.7, Jalan Mega 3B, Taman Indurtri Mega,
Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

hubungi kami

Tel: 6-03-87237573 (H/L)
Fax: 6-03-87237593